Sebuah tempat letak kereta di Bahrain diubah suai untuk menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit COVID-19, menempatkan unit rawatan rapi (ICU), dilengkapi alat bantuan pernafasan, siap dalam masa seminggu, lapor agensi berita Bahrain (BNA).
Tempat letak kereta tersebut terletak di tingkat tiga Hospital Tentera Bahrain yang dilengkapi dengan 130 katil.
Menurut Presiden Majlis Tertinggi Kesihatan (SCH), Dr Shaikh Mohammed Abdullah Al Khalifa, unit tersebut dilengkapi dengan peralatan terbaik dan mengikut piawaian ditetapkan kerajaan dalam bidang kesihatan.
"Unit itu sebahagian persiapan pasukan petugas kebangsaan untuk menyediakan prosedur rawatan diperlukan bagi menangani kes jangkitan Covid-19.
"Bahrain akan menyediakan tambahan 500 katil di seluruh negara," katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.