Otak sedang buntu tak ada idea nak masak apa untuk berbuka hari ini? Boleh la cuba resepi khas Naim Daniel, juadah Nasi Ayam Ala 3 Budak Gemok.
Memang padu!
Bahan yang diperlukan:
- 400 gram dada ayam diperap dengan kunyit & garam
- 6 biji bawang merah & 1 inci halia dikisar
- serbuk kari
- 3 sudu kicap manis, 3 sudu sos manis & 3 sudu sos tiram
- sebiji bawang merah
- 1 keping asam keeping
- 2 tangkai daun kari
- 1 cawan air
Bahan-bahan sambal:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 genggam cili padi
- 10 biji cili merah
- 2 biji limau nipis
Cara-cara nak masak:
1. Panaskan kuali, goreng ayam yang telah diperap.
2. Tumiskan bahan dengan minyak sama, masukkan serbuk kari dan air serta sos tiram, kicap manis & sos manis (secukup rasa).
3. Masukkan bawang besar, daun kari & garam secukup rasa.
4. Gaul bersama ayam yang telah digoreng.
Sambal:
1. Tumiskan semua bahan sambal dan kisar bersama perahan limau nipis, gula dan garam sampai halus.
Hidangkan bersama ayam yang telah digoreng.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.