Mudah untuk orang ramai untuk menilai buruk orang lain dengan meninggalkan komen-komen kurang baik pada sesuatu gambar atau video yang dimuatnaik dalam sosial media lebih-lebih lagi Instagram.
Komen-komen kurang baik ni secara langsung boleh membuatkan orang merasa kurang selesa tamabahan lagi boleh menjurus kepada masalah kemurungan. Bagi membendung perkara sebegini berlaku, Instagram memperkenalkan fungsi Restrict.
Fungsi ini membolehkan pengguna menyorokkan komen negatif yang ditinggalkan pengguna lain.
Pengguna boleh mengakses fungsi ini melalui tiga cara, iaitu:
1. Pergi ke bahagian kiri komen pilihan dan tekan pada tanda seruan di tepi komen untuk masukkan akaun tersebut ke dalam senarai restrict.
2. Pergi ke akaun si peninggal komen dan klik pada butang tiga titik bucu atas dan pilihan restrict dapat dilihat.
3. Pergi ke bahagian tetapan privasi akaun dan pilih Restricted Account. Yang menariknya fungsi ketiga ini, pemilik akaun yang ‘terpilih’ tersebut tidak akan mengetahui bahawa komen mereka telah disorokkan dan akan terus meninggalkan komen tanpa mengetahui perbuatan mereka adalah sia-sia.
Jadi lepas ni tak perlu lah risau dengan kecaman-kecaman orang lain dalam Instagram anda.
Sumber : Amanz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.