Roti adalah antara makanan yang cepat rosak dan kebiasaannya hanya bertahan selama seminggu. Kalau ada roti yang dah nak expired tu, jangan risau, roti tu boleh dijadikan biskut kering bergula. Caranya bukan saja mudah tetapi sedap rasanya!
Ini bahan bahan yang perlu disediakan, roti gardenia, marjerin dan gula. Sekeping roti sandwich.
- Mulakan dengan memotong sekeping roti sandwich kepada empat bahagian.
- Kemudian sapukan majerin pada roti dan tabur pada gula seratanya.
- Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah, selama 20 minit.
- Akhir sekali keluarkan roti dan biarkan ia sejuk diluar sebelum masuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Pastikan tutup rapat rapat kerana roti yang sudah dibakar menjadi sangat ‘crunchy’. Kalau bekas tak tutup rapat nanti masuk angin jadi tak crunchy dan lemau.
Sedap tau roti kering ni kalau di cicah dengan teh ataupun kopi panas. Selamat mencuba guys!
Sumber: Rasa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.