Kredit gambar utama: Islamic Relief Malaysia/Facebook
Diam tak diam kita bakal meraikan Hari Raya Aidiladha. Ada yang sibuk melakukan persediaan ke Tanah Suci, tak kurang juga yang sibuk membuat persediaan untuk melakukan ibadah korban.
Anda yang mana satu? Adakah anda sedang berkira-kira untuk jalankan ibadah korban? Tidak tahu untuk memilih antara lembu atau kambing atau di lokasi mana ibadah korban hendak dilakukan? Tidak perlu susah-susah, jom sertai *kempen #SalamQurbani 2018/1439H mulai 25 Jun hingga 17 Ogos 2018.
Bayangkan, melalui Islamic Relief Malaysia (IRM), lebih 2,156 bahagian korban akan diagih-agihkan kepada 52,500 penerima manfaat termasuk ibu tunggal, anak yatim, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, gelandangan, pelarian dan pesakit kronik.
Anda boleh pilih salah satu atau lebih daripada 6 kumpulan yang dibahagikan mengikut harga daging korban untuk satu bahagian mengikut negara. Antara negara terlibat termasuklah Sudan, Somalia, Nigeria, Myanmar, Sri Lanka, Bangladesh, Tunisia, Lebanon, Indonesia, Iraq, Palestin dan Malaysia. Setiap kategori mempunyai harga berbeza yang bermula dari RM300 hingga RM1,700. Jenis haiwan sembelihan juga berbeza antara kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta bergantung kepada kesesuaian setiap negara.
Layari laman web rasmi, Facebook atau hubungi Islamic Relief Malaysia di talian 03 8926 3434 sekarang untuk info lanjut #SalamQurbani. Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!
*Tertakluk kepada bahagian korban yang masih ada
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.