Setelah permulaan semester musim bunga di Korea Selatan ditangguhkan beberapa kali sejak Mac disebabkan COVID-19, akhirnya Sekolah Menengah sudah mula dibuka semula.
Pelajar senior hadir ke sekolah pada Rabu untuk pertama kalinya tahun ini dengan memakai topeng ke kelas di bawah prosedur ketat bagi mencegah penyebaran koronavirus, lapor Reuters.
Kehadiran mereka disambut para guru yang dilihat menunggu di pagar sekolah dengan termometer dan cecair pembasmi kuman.
Korea Selatan sebelum ini telah mengadakan kelas dalam talian susulan penularan wabak tersebut.
Oleh kerana kes jangkitan koronavirus yang menurun setiap hari selepas kemuncaknya pada Februari, kerajaan bertindak membuka sekolah di bawah garis panduan kesihatan baharu.
Antara garis panduan yang ditetapkan adalah pelajar dan guru mesti memakai topeng kecuali pada waktu makan, dan diminta untuk membersihkan meja mereka.
Tingkap akan dibuka untuk meningkatkan aliran udara, dan meja perlu berjarak sekurang-kurangnya 1 meter.
Korea Selatan mengumumkan rancangan membuka semula sekolah rendah dan menengah secara berperingkat bermula 20 Mei hingga 1 Jun bagi semua 5.5 juta pelajarnya.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.