Pemilihan pakaian itu amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa juga aktiviti. Lagi-lagi kalau kita jenis yang selalu travel atau bergerak banyak.
via GIPHY
Tapi orang yang mempunyai peha besar, mesti susah nak cari jenis jeans yang sesuai dengan bentuk badan. Okay ni ada berapa jenis jeans yang boleh korang try.
1. Boyfriend jeans
Jenis jeans yang paling sesuai untuk sesiapa yang mempunyi peha besar. Potongannya yang longgar akan membuat ilusi tubuh badan lebih proporsional. Lagipun boyfriend jeans sekarang ini memang in-trend.
2. Dark jeans
Ramai tahu bahawa pakaian berwarna gelapboleh mengaburi bentuk badan yang besar. Tak semestinya warna hitam, jeans biru navy pun okay juga!
3. Flared jeans
Flared jeans adalah potongan yang melebar dari peha hingga kaki. Sekarang ni semua gaya retro atau vintage dah kembali jadi trend.
4. High-waist jeans
Siapa yang confident dengan aset peha besar, Jadi seluar jeans jenis high-wasited jadi pilihan. Pakai dengan baju yang boleh ‘tuck-in’, akan kelihatan lebih bergaya dan kemas.
5. Boot-cut jeans
Hampir sama macam flared jeans yang memiliki potongan yang melebar di area betis. Jeans ini tidak ketat di bahagian peha jadi amat sesuai kepada sesiapa yang memiliki peha besar.
Okay selamat membeli-belah ye korang.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.