Mengikut kajian oleh penyilidik di Edge Hill University England, mereka mendapati penggunaan aplikasi messaging Whatsapp adalah baik untuk kehidupan kita.
via GIPHY
Sepanjang kaji sedilik atas talian yang dijalankan, seramai 200 orang responden dalam lingkungan umur 24 tahun, menggunakan aplikasi ini sebagai tempat online bonding atau tempat mengeratkan siratulrahim.
Mereka juga melaporkan ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta dapat mengurangkan rasa kesendirian. Sebagai satu contoh, beramah mesra bersama keluarga dalam aplikasi ini.
Purata penggunaan aplikasi messeging adalah 55 minit setiap hari. Semakin lama meluangkan masa dalam aplikasi ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara kawan dan keluarga.
Salah satu penyelidik, Dr Linda Kaye berkata :
“There’s lots of debate about whether spending time on social media is bad for our well-being but we’ve found it might not be as bad as we think,”
“It seems that using WhatsApp to connect with our close friends is favourable for aspects of our well-being.”
Walau macam mana sibuk pun, kita hendaklah mencari masa untuk diluangkan bersama keluarga. Mungkin aplikasi seperti ini adalah satu alternatif untuk anda berama mesra bersama yang tersayang.
Sumber : theRakyatPost
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.