Baru-baru ini, tular sebuah video dan mesej yang mendakwa alat pengimbas suhu atau ‘thermal gun’ boleh memberikan kesan radiasi bahaya kepada manusia.
Dakwaan tidak berasas itu telah disangkal oleh Kementerian Kesihatan Brunei yang menegaskan alat berkenaan adalah selamat digunakan dan tiada bukti saintifik menunjukkan ia membahayakan otak atau boleh merosakkan mata.
Menurut seorang ahli radiologi, jangka suhu infra merah yang digunakan bagi menyukat suhu individu adalah selamat digunakan.
Infra merah adalah sebahagian daripada radiaso elektromagnet, sama seperti gelombang radio, cahaya kelihatan, x-ray, gamma dan lain-lain, cumanya berbeza daripada kesan didedahkan.
Justeru, orang ramai tidak patut panik dengan mesej yang tular itu kerana 'thermal gun' tidak menghasilkan radiasi seperti mesin X-ray dan selamat digunakan.
Infrared Thermometer adalah selamat dan tidak menyebabkan kanser. https://t.co/eseaZKo4Sn
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 27, 2020
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.