Antara gadget telefon yang sering sekali kita tak akan lupa nak bawa apabila keluar dari rumah adalah earphones.
Hanya satu sahaja masalah dengan earphones ini adalah sering sekali masuk dan keluar dari telinga bermakna mereka boleh membina kotoran yang cukup jahat di bahagian dalam yang boleh menjadi satu perkara yang sukar untuk membuangnya.
Seorang pengguna TikTok, berkongsi cara mudah nak cucikan earphones anda supaya sentiasa kekal bersih dan bebas dari bakteria.
Langkah pertama, anda harus menggunakan toothpick dan menjalankannya di bahagian dalam earphone anda untuk menghilangkan kotoran yang besar.
Kemudian ambil beberapa playdoh ataupun blu tack, gulungkan seperti bola sebelum menekannya dengan perlahan-lahan ke pembukaan earphones dan keluarkan perlahan-lahan.
Ulang sahaja langkah-langkah ini di setiap sudut earphones anda dan akhir sekali, letak sedikit larutan pembersih pada cotton bud dan sapukan di kawasan earphone anda, biarkan kering dan siap!
Bersih dan bebas dari kuman! Selamat mencuba!
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.