Ikan antara salah satu sumber makanan yang cukup popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi ni negara - negara lain juga.
Selain itu, spesis - spesis ikan tertentu juga sering dijadikan haiwan peliharaan bagi pencinta haiwan.
Tapi rasanya ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis ikan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.
Disebabkan perdagangan ikan - ikan hidup di dunia semakin meningkat, Malaysia kini telah mengemas kini senarai spesies dan jenis ikan yang dilarang diimport masuk ke dalam Malaysia.
Ini antara beberapa implikasi umum jika ikan ini dibawa masuk.
1. Penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan negara.
2. Menganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesis ikan asli dalam negara.
3. Ikan -ikan ini boleh menjadi dominan dan membiak di perairan umum dan menjadi ikan pemangsa kepaada ikan -ikan asli di sungai serta lautan.
4. Menyebabkan kerugian besar dari segi ekonomi penternak dan pihak industri sekirannya kejadian rebakan dan kematian ikan berlaku secara besar - besaran dan tidak dapat dikawal.
Sumber Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.