Wah! Superhero sudah bersedia memainkan peranan mereka pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan. Mesti terkejut bila buka pintu nampak Batman, Spider-Man, Captain America menghantar makanan.
Sekumpulan pekerja dari sebuah gerai makan di Kampung Kota, Kelantan telah mengenakan kostum yang menyerupai Spider-Man, Black Panther, Flash dan Kamen Rider ketika mereka melakukan perkhidmatan bayar waktu terima (COD).
Memetik laporan New Straits Times, pemilik Warong Poksu Superhero, Mohd Fakri Rabys berkata dia mendapat idea itu setelah memikirkan cara alternatif untuk menjana pendapatan dalam tempoh PKP.
Menurut Mohd Fakri, dirinya juga ingin memberi keceriaan dan hiburan kepada golongan yang berasa tertekan dalam tempoh PKP ini. Sebab itu, terciptalah idea ini.
"Ketika Warong Poksu Superhero ditutup pada awal PKP, saya mengemukakan idea untuk perkhidmatan COD membekalkan beras, telur, sayur-sayuran dan produk lain.
"Saya memiliki kira-kira 25 kostum superhero. Saya telah memutuskan untuk menggunakannya untuk menjana pendapatan. Saya ingin kelihatan berbeza dengan perkhidmatan penghantaran yang lain.
"Setiap hari, saya memakai pakaian yang berbeza seperti Spiderman, Batman, the Flash, Black Panther dan Bumblebee dari Transformers ketika membuat penghantaran," katanya.
Mohd Fakri turut memastikan dia mengikuti prosedur kebersihan dan jarak sosial yang betul semasa membuat penghantaran.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: NST / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.