Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 54 taman tema di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula Rabu ini.
Menurut beliau, kebenaran operasi bermula pada 1 Julai akan membabitkan lebih 10,000 tenaga kerja.
Namun, prosedur operasi standard (SOP) harus ditetapkan oleh semua pengusaha taman tema dan memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
Pada masa sama, katanya had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema.
"Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan.
"Pengusaha taman tema air perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air," katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Isnin.
Garis panduan serta SOP itu boleh diperolehi di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.