Taman tema Disneyland World di California dan Paris akan dijangka tutup sehingga tahun hadapan supaya dapat menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19.
Disney World, Disneyland California dan Disneyland Paris telah ditutup sejak pertengahan Mac lalu susulan keadaan pandemik yang melanda hampir seluruh dunia ketika ini.
Biarpun tempahan untuk Disney World pada Jun sudah dibuka, tetapi pakar ekonomi memberi amaran bahawa tiada percutian akan berlaku sehingga tahun 2021.
Menurut penganalisis USB, John Hodulik, taman tema itu mungkin tidak dapat meneruskan perkhidmatan seperti biasa sehingga vaksin disediakan secara meluas.
Menurut John dalam laporannya yang bertajuk ‘The Eye of The Strom’: “Kemelesetan ekonomi ditambah dengan keperluan untuk penjarakkan sosial, langkah penjagaan kesihatan yang baharu, dan kurangnya jumlah percutian cenderung menjadikan perniagaan ini kurang menguntungkan."
Selain itu, bos Disney, Bob Iger dalam satu wawancara memberitahu berkata, untuk kembali ke keadaan normal, orang ramai haruslah berasa selesa dan selamat.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Dailystar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.