Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Inilah Sebabnya Telco Gergasi Malaysia Tawar Pakej Menarik Untuk HUAWEI Mate 30!

Kejayaan 2 sesi pra-order Huawei
Editor
22 Nov 2019, 06:30 PM

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Kredit: HUAWEI

Barang baik takkan nak lepaskan begitu sahaja, tambahan lagi bila ditawarkan pada harga menarik, kan? Memang berbaloi! Macam HUAWEI Mate 30 ni, memang barang baik. Kalau tidak, takkanlah semua telco besar dalam Malaysia ni berebut-rebut tawarkan pakej menarik.

Iya, kini anda boleh dapatkan HUAWEI Mate 30 pada harga RM289 berserta hadiah menarik termasuk pengecas SuperCharge tanpa wayar dan PU Casing jika anda ambil kontrak dengan Digi.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Celcom dan Maxis pula tawarkan program beli 1 percuma 1, yang mana anda boleh dapatkan HUAWEI P30 secara PERCUMA dengan setiap pembelian Mate 30. Rugilah kalau anda lepaskan.

Ini bukan cubaan, semua maklumat ini boleh anda dapatkan di website Maxis, Celcom dan Digi!

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Anda boleh dapatkan Maxis Mate30 dan Mate30 Pro dengan pakej ansurans ‘Beli 1 Percuma 1’, tetapi kenalah daftar sub-line untuk dapatkan 2 fon. Harganya:

Mate 30

Harga asal RM2,799 tetapi dengan pelan bulanan berjumlah RM188 + RM48 (sub-line), anda hanya perlu bayar RM99 untuk harga telefon dan bayaran bulanan untuk pelan dan telefon hanya RM335.

Mate 30 Pro

Harga asal RM3,899 tetapi dengan pelan bulanan berjumlah RM188 + RN48 (sub-line), anda hanya perlu bayar RM199 untuk harga telefon dan bayaran bulanan untuk pelan dan telefon hanya RM435.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Celcom pula tawarkan Mate30 untuk pakej sekali bayar dan pakej eksklusif beli Mate30 percuma P30. Harga yang ditawarkan untuk dua pakej ini ialah:

Mate30 sekali bayar

Harga asal RM2,799, harga pelan sebulan RM188 manakala harga telefon sekali bayar hanya RM299.

Mate 30 Pakej eksklusif

Harga asal RM2,799, untuk pelan RM188 + RM48 (sub-line), harga telefon sekali bayar hanya RM1,599. Manakala untuk pelan RM148 + RM48 (sub-line), harga telefon sekali bayar adalah RM1,699.

Celcom turut menawarkan pakej ansuran secara sewaan dan milikan untuk Mate 30.

Sewaan

Harga asal RM2,799, harga pelan pula RM188. Untuk sewaan, anda perlu bayar harga peranti bulanan bernilai RM28 dengan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar bulanan adalah RM216.

Milikan

Harga asal RM2,799, harga pelan pula RM160. Untuk sewaan, anda perlu bayar harga peranti bulanan bernilai RM15 dengan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar bulanan adalah RM203.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Anda boleh miliki HUAWEI Mate30 dengan pakej ansurans secara milikan. Hanya bayar bulanan peranti pada harga RM28 dan harga pelan RM160. Jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar bulanan hanya RM188.

Menarik, kan tawaran yang diberikan ini? Ada banyak sebab mengapa telco gergasi ini memberikan tawaran menarik untuk pembelian HUAWEI Mate30. Salah satu daripadanya adalah disebabkan sambutan memberangsangkan untuk pra-pesanan dua batch terdahulu. Faktor lain pula:

#1 Ciri Pintar Mate 30

Telefon pintar Mate 30 Pro ini dilengkapi ciri-ciri hebat termasuklah kamera SuperSensing dan Cine 40MP yang boleh merakam video gerak perlahan dan pencahayaan kurang termasuk menghasilkan bokeh untuk imej video.

Kamera Cinenya boleh merakam 4K 60fps resolusi video, dengan ISO 51200, 4K HDR+ Cinematic Time-lapse, video bokeh real-time dan video gerak perlahan sehingga 7680 fps menjadikannya telefon pintar pertama memiliki kadar bingkai tertinggi di dunia.

  • Isyarat Kawalan Pintar AI

Selain kamera depan, kamera kawalan kedalaman 3D dan sensor kawalan turut  digunakan bagi mengenalpasti pergerakan tangan dan wajah. Dengan informasi secara real-time yang anda terima di Tiny-Core NPU, banyak arahan seperti membuka kekunci, menukar slaid dan screenshot boleh dilakukan dengan hanya melihat kepada skrin atau dengan meleretkan tangan.

Skrin ultra melengkung menawarkan berbagai interaksi dan sebagai pengganti butang fizikal, untuk penyesuaian suara, selfie atau bermain quad-game.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

  • Rotasi Automatik AI

HUAWEI Mate 30 Pro dilengkapi rotasi automatik AI yang menggunakan kelebihan kamera 3D di bahagian hadapan untuk menganalisa orientasi mata.

Anda nak tengok video sambil baring pun tiada masalah.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

  • Pengecas Tanpa Wayar 27W Yang Pertama Di Dunia

Baterinya telah ditambah baik kepada 4500mAh untuk menyokong keperluan seharian anda. Mate 30 Pro telah menambah baik pengecasan tanpa wayarnya kepada 27W, yang tertinggi di antara jenama lain. Kelajuan pengecasan ini turut bertambah 3kali ganda berbanding generasi sebelum ini!

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

  • Kolaborasi Skrin

Menggunakan teknologi EMUI 10 terkini, anda boleh menukar telefon pintar menjadi peranti hebat tanpa memerlukan internet.

Anda boleh lakukan kolaborasi skrin fon dengan laptop, bolehlah lihat skrin fon pada laptop, drag dan drop fail dari fon dan sambung kerja-kerja menggunakan laptop.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

#2 Hadiah Menarik dan Eksklusif  

Ramai yang mempercayai siri Mate 30 sejak sesi pertama pra-pesanan lagi. Mungkin disebabkan harga Mate 30 yang berpatutan dan hadiah percuma menarik seperti OSMO Mobile 3, SuperCharge Wireless Car Charger dan PU Casing.

Bukan itu sahaja, HUAWEI turut menawarkan perkhidmatan HUAWEI Care termasuk pemberian waranti tambahan 1 tahun dan 1 bulan perlindungan skrin.

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Kredit: HUAWEI

#3 HUAWEI AppGallery

Ramai yang risau dengan masalah software, walauupun Mate 30 menggunakan sistem Huawei Mobile Service (HMS) dan tidak boleh untuk muat naik sesetengah software GMS, terdapat beberapa video viral yang berkongsi maklumat tentang cara mengatasi masalah ini.  

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Jangan risau, dengan Huawei Mobile Service (HMS) anda tiada masalah untuk menggunakan 27 aplikasi yang biasa yang merangkumi makanan, perumahan, fesyen dan banyak lagi. Beberapa aplikasi perbankan seperti MayBank dan Hong Leong Bank juga telah dimuat naik melalui HUAWEI AppGallery.

Malah sejak September hingga Oktober 2019, terdapat 200,000 pengguna baharu menggunakan HUAWEI AppGallery dengan jumlah muat turun mencecah 100 juta di Malaysia dari Januari hingga Oktober 2019.

                                                

#4 Tambahan 50GB Cloud Storage untuk pengguna HUAWEI Mate 30

HUAWEI turut merasmikan 50GB cloud storage dan berbagai aktiviti menarik untuk memberikan pengguna lebih pilihan. Anda juga boleh nikmati 50GB Cloud storage selama 3 bulan secara percuma.

     

#5 Servis Selepas Jualan Terbaik HUAWEI

Tahun ini, servis selepas jualan HUAWEI mengunakan WhatsApp selain hotline bagi memberikan pelanggan pengalaman selepas jualan yang lebih baik.

Antaranya dengan menawarakan insurans skrin fon seperti perlindungan skrin daripada retakan untuk 1 bulan dan perlindungan tambahan selama 1 tahun.

#6 Roadshow di seluruh negara bermula hari ini hingga 1 Januari 2020

Anda juga boleh serbu HUAWEI Mate 30 | Mate 30 Pro Roadshow yang bermula secara rasminya hari ini sehingga 1 Januari 2020 di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite.

Anda boleh saksikan sendiri ciri unik peranti Super Flagship dan sebagai Telefon Pintar Videografi Terbaik anda tentunya perlu mengetahui cara untuk memaksimumkan fungsi kamera Siri Mate 30 bagi menghasilkan video yang hebat!

inilah sebabnya telco gergasi malaysia tawar pakej menarik untuk huawei mate 30!

Dan ya, ada promosi menarik sempena roadshow ini. Untuk 100 pembeli pertama Mate 30 Pro, anda berpeluang bawa pulang HUAWEI Freelace bernilai RM369 dan promosi menarik lain seperti pengecas tanpa wayar untuk kereta HUAWEI SuperCharge & HUAWEI Care bernilai RM537 secara PERCUMA.

Ada cabutan bertuah juga menanti anda. Dua orang bertuah berpeluang bawa pulang produk HUAWEI. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Apa tunggu lagi? Jomlah dapatkan siri Mate 30 HUAWEI! Layari laman web HUAWEI untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.