Rata-rata umat Islam di seluruh dunia terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di keselesaan rumah sendiri disebabkan penularan wabak COVID-19.
Namun di Jerman, IKEA cawangan Wetzlar mengambil inisiatif membenarkan solat sunat Aidilfitri dilakukan di ruangan tempat letak kereta dengan mengamalkan penjarakan sosial jua.
Foto ibadah tersebut dimuat naik oleh @AbdirahimS di laman Twitter telah menarik perhatian netizen yang kagum dengan usaha IKEA Jerman yang bersifat amat terbuka kepada umat Islam di negara tersebut.
Menurut Abdi Rahim, oleh kerana harus mengikut SOP dan arahan penjarakan sosial, penduduk Islam di sana meminta kebenaran pihak pengurusan IKEA untuk menggunakan ruang luas tersebut dan mereka tidak mempunyai masalah membenarkan ibadah itu.
Perkembangan tersebut mendapat reaksi positif dari pengguna Twitter. Ini membuktikan bahawa penduduk di Wetzlar Jerman menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap umat Islam di sana.
Sumber: Twitter / Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.