Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menangguhkan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula 7 November, ke tarikh baharu iaitu 1 Disember depan.
Menurut kenyataan rasmi UiTM, penetapan tarikh baru itu bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa COVID-19 dan juga arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Janji temu yang dibuat oleh para graduan sebelum ini adalah terbatal serta tidak terpakai. Graduan diminta mengisi dan mendaftar semula melalui Sistem Janji Temu untuk mendapatkan tarikh baharu.
“Pendaftaran untuk tarikh baharu itu akan dibuka bermula Isnin depan sehingga 8 November. Para graduan boleh melayari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/ untuk mendapatkan pautan tersebut,” menurut kenyataan itu.
UiTM sebelum ini telah memperkenalkan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu dalam norma baharu, berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19.
Sumber: UiTM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.