Sudah terkenal dengan sifat pemurah dan sering sekali membantu golongan yang kurang berkemampuan, lebih lagi di saat pandemik ini.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, merupakan seorang insan yang disanjung tinggi oleh masyarakat berbilang kaum kerana sifatnya yang baik hati itu. Baru-baru ini, dia membuka sebuah pasar 10 sen di Puching Utama untuk membantu masyarakat.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Uncle Kentang memaklumkan pasar 10 sen itu dibuka di Dataran Puching Utama mulai semalam, 21 Jun hari Ahad. Antara barangan yang dijual di pasar 10 sen tersebut adalah pakaian, tilam, peti sejuk, almari dan beberapa barangan terpakai.
Usaha ini bertujuan untuk menolong dan meringankan beban golongan yang susah. Perasaan gembira apabila melihat golongan yang susah dapat membeli barangan tersebut merupakan perasaan yang tidak dapat ungkapkan oleh dirinya.
Rata-rata warga maya turut gembira dan bersyukur akan tindakan Uncle Kentang. Mereka berharap agar pasar seperti ini wujud lebih banyak lagi pada masa akan datang.
Sumber: Kuan Chee Heng
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.