Permainan video kini telah mengambil alih dunia hiburan, jika dulu kita gemar bermain Playstation, ataupun Gameboy, kini permainan video boleh didapati di telefon bimbit masing-masing.
Kajian terbaru menunjukkan model penampilan serta bentuk fizikal gamers tegar dalam masa 20 tahun akan datang menarik perhatian ramai orang.
Model ramalan yang telah diberi gelaran Michael dicipta oleh OnlineCasino.ca yang menunjukkan bagaimana perubahan fizikal seorang gamers tegar yang mengalami ketagihan permainan video dalam jangka masa 20 tahun akan datang.
Antara bentuk fizikal yang menonjol ialah mempunyai postur badan yang membongkok serta mata lebam akibat tidak cukup tidur dan sering memandang skrin yang terlalu lama.
Michael juga berdepan dengan masalah kekurangan vitamin D dan B12 yang menyebabkan wajah dan kulit muka kelihatan pucat. Masalah obesiti juga menjadi salah satu penyakit yang bakal dialami Michael akibat kurang melakukan senaman.
Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan data yang dikumpul secara global berdasarkan kesan jangka masa panjang dan impak terhadap ketagihan permainan video.
Ketagihan permainan video kini dikenal pasti sebagai satu penyakit psikologi disorder oleh World health Organisation (WHO).
Sumber: OnlineCasino
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.