Seorang wanita berusia 34 tahun yang menetap di UK kini bergelar Rapunzel dunia nyata kerana memiliki rambut sepanjang 1.5 meter.
Malgorzata Kulcyk mengakui kelebihan rambut panjangnya itu telah menjadi tarikan lelaki. Malah, ada yang pernah jatuh cinta dengan dia kerana rambutnya itu.
Malgorzata berkata dia menyimpan rambut itu sejak berusia tujuh tahun dan kali terakhir dia memotong rambut sekitar lima tahun lalu.
Dia turut menerima lebih 10,000 peminat di Instagram dan meraihkan populariti tersebut.
“Lelaki sukar percaya ia rambut sebenar saya. Mereka sering berkata ia hebat dan cantik. Malah ada yang jatuh cinta dengan saya kerana rambut.
“Tetapi ada juga orang yang cemburu. Ada rakan sekerja pernah minta saya potong rambit.
“Namun, dia kini turut simpan rambutnya panjang,” ujarnya.
Wanita itu turut berkata, kesabaran amat diperlukan jika ingin memiliki rambut panjang.
Penggunaan produk yang betul serta memakan makanan sihat dan menjaga kualiti rambut adalah antara perkara yang dia menitikberatkan jika ingin memiliki rambut panjang.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.