Seorang guru balet, Lizzie Quah berusia 23 tahun mula mengalami kesakitan segugut yang paling perit, dia menyangka dia mempunyai masalah batu karang.
Namun sebaik sahaja tiba di hospital, dia menerima berita yang mengejutkan bahawa dia disahkan hamil empat jam sebelum bersalin.
Lizzie berkongsi pengalaman dilaluinya itu dalam sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.
Dalam video tersebut dia bercerita detik dia dikejarkan ke was kecemasan selepas mengalami kram perut pada 23 Jun tahun lalu.
Apabila doktor memeriksanya, doktor mendapati bukaan sudah lapan sentimeter dan mengatakan dia akan bersalin pada malam itu.
Menurut Lizzie, proses bersalin itu merupakan pengalaman yang paling menakutkan dalam hidupnya.
“Saya dapat tahu saya hamil di bilik kecemasan, empat jam kemudian saya bersalin,” ujarnya.
Lizzie menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom menandakan dirinya hamil, selain itu dia turut datang bulan seperti biasa.
Dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Winnie June.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.