Mary Rose Young telah menghabiskan lebih 30 tahun membuat dekorasi dan rekaan rumahnya dengan citarasa sendiri.
Namun, kini dirinya sedang buntu apabila rumahnya itu gagal dijual kepada pemilik baru disebabkan dekorasi yang dilabelkan aneh.
Menurut Mary, dia berhasrat ingin menjual rumah itu pada tahun 2014 namun gagal menarik perhatian pembeli.
“Saya buat rumah ini ikut citarasa saya dan tak pernah fikir bahawa ia tak boleh dijual.
“Saya dan suami tinggal hanya berdua macam kanak-kanak dalam patung,” ujarnya.
Mary kini berputus asa dan mahu terus menetap di rumah itu selepas gagal menjual rumah tersebut.
Malah, dia menambah dekorasi di rumah itu yang kelihatan semakin pelik.
“Saya pun tak perasan rumah ini terlalu banyak warna kerana dah lama sangat menetap di sini.”
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.