Naluri ibu dalam seorang wanita tidak akan pernah terpisah. Ada masa dalam hidup sudah pasti, terletak dalam hati ingin menjadi seorang ibu kepada anak.
Seorang wanita warga Uganda mengejutkan para doktor apabila berjaya dikurniakan seorang cahaya mata menerusi satu kali rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), pada usia 64 tahun.
Safinah Namukwaya sudah lama menanti saat menggelar dirinya ibu sejak kahwin buat pertama kali pada tahun 1973.
Namun, malangnya dia mengalami kehamilan ektopik di mana telur ovarinya membiak di luar Rahim, sebelum perkahwinannya itu gagal.
Safinah kemudian berkahwin lagi pada tahun 1996 dengan harapan dapat dikurniakan seorang anak bersama suaminya, Badru Walusimbi.
Tetapi, harapannya untuk menimang cahaya mata berakhir apabila mencapai usia 45 tahun, apabila dirinya putus kitaran haid.
Bagaimanapun, pada Mac tahun lalu, dia didorong oleh para doktor di Hospital Antarabangsa dan Pusat Kesuburan Wanita di Bukoto, Kampala.
Akhirnya, Safinah amat senang hati dapat menyambut kelahiran puteri pertamanya bernama Sarah.
Dr Edward Tamale Ssali, pengarah Hospital Antarabangsa dan Pusat Kesuburan Wanita, menjelaskan bagaimana para doktor membantu ibu ini mengandung.
Menurut Dr Edward, apabila bercakap dengan Daily Monitor, apa yang pihak mereka lakukan adalah, sel telurnya disenyawakan di luar tubuhnya dan ketika embrio terbentuk, embrio itu dimasukkan kembali ke dalam rahimnya.
“Dia amat bernasib baik kerana percubaan pertamanya menghasilkan kehamilan yang berjaya kerana beberapa wanita telha melakukan beberapa percubaan dan gagal,” ujarnya.
Safinah amat gembira dapat menjadi ibu buat pertama kali. Dia amat teruja dengan kurniaan ini dan ia sukar dipercayai tetapi dia sangat bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dapat menjadi ibu dengan rahmat-Nya.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.