Sosial media pernah digemparkan dengan berita seorang wanita yang melakukan puluhan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti pelakon Hollywood Angelina Jolie.
Wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Koronavirus atau COVID-19.
Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar, berusia 22 tahun dijangkiti wabak COVID-19 ketika dirinya berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman di atas kesalahan jenayah budaya dan kerosakan moral.
Perkembangan ketika ini, Tabar dilaporkan sedang menggunakan ventilator untuk membantunya bernafas.
Menurut sebuah agensi di Iran, Tabar di tahan pada Ogos tahun lalu dan menghadapi tuduhan menghasut ke arah keganasan, memperoleh pendapatan dengan cara yang tidak sesuai dan mendorong para belia melakukan rasuah.
Tabar menjadi popular di Instagram pada tahun 2018 setelah memuat naik gambar wajahnya yang diubah menjadi Angelina Jolie selepas melalui pembedahan plastik.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.