Seorang Ibu yang bernama Iris Ng telah berkongsi satu kondisi buruk mengenai anaknya yang dijangkiti penyakit SEPSIS. Perkongsian menerusi laman Facebook peribadi beliau telah membuka mata orang ramai mengenai penyakit ini.
Menurut Iris, pada mulanya Jarrod, 4 tahun, cuma menghidap demam biasa serta ruam panas sahaja. 4 hari selepas demam berkurangan, Jarrod memberitahu ibunya bahawa kakinya sakit lalu Iris membawanya ke klinik lagi, doktor mengatakan bahawa sakit itu mungkin berpunca daripada demam yang dihidapinya.
Sakit itu semakin parah bila demam dan ruam tidak surut serta Jarrod tidak mampu untuk berjalan disebabkan kakinya terlalu sakit. Suami kepada Iris bergegas membawa anaknya ke hospital. Jarrod dibawa ke isolation room disebabkan ruam.
Selepas beberapa minit kemudian, Jarrod semakin lemah disebabkan pelbagai organ dalamnya tidak berfungsi termasuklah buang pinggang. Disebabkan ikut Jarrod dipasangkan mesin Dialysis. Doktor mengesahkan bahawa Jarrod dijangkiti SEPSI dimana puncanya tidak dapat dikenal pasti lagi.
Doktor mengsyaki penyakit itu berpunca dari sakit kakinya. Dan ternyata kakinya terinfeksi dengan Group A Strep Bacteria (Bakteria pemakan daging). Jarrod terpaksa dibedah dan pembedahan berjalan dengan lancar.
Proses pemulihan itu mengambil masa sekitar 3 bulan untuk organnya berfungsi normal. Dalam proses itu juga kulit terkupas dan rambut turut gugur. Mujurlah Jarrod dikerjakan ke hospital diawal penyakit itu bermula.
Sepsis ialah suatu keadaan yang mengancam nyawa bilamana tindak balas badan manusia terhadap suatu jangkitan itu menyebabkan kerosakan kepada tisu dan organ dalam sistem itu sendiri. Tanda serta simptom yang biasa termasuk demam, kadar degupan jantung dan pernafasan yang tinggi, serta kekacauan mental. Simptom-simptom yang berkait dengan suatu penyakit, misalnya batuk yang membawa kepada pneumonia atau disuria (dysuria, rasa sakit ketika membuang air kecil) dengan jangkitan buah pinggang barangkalinya juga memberi petunjuk mengenai keadaan ini.
Sumber : WOB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.