Pandemik COVID-19 yang sudah tular ke seluruh dunia dipercayai oleh ramai pakar berpunca dari pasar basah di bandar Wuhan, China.
Kini, pihak berkuasa di Wuhan telah mengharamkan penduduknya memakan daging haiwan liar.
Bandar tersebut merupakan pusat penularan wabak COVID-19 yang telah membunuh lebih 350,000 nyawa di seluruh dunia setakat ini.
Menurut pihak berkuasa, mereka telah mengumumkan bahawa aktiviti pemburuan haiwan liar dilarangkan. Bahkan, bandar yang mempunyai penghuni seramai 11 juta itu telah menjadi ‘tempat perlindungan hidupan liar’.
Para saintis turut menyatakan bahawa wabak COVID-19 ini muncul secara semula jadi pada kelawar dan ia tersebar menerusi haiwan lain dan turut menjangkiti manusia di pasar hidupan liar dan makanan laut di Wuhan.
Sumber: Mirror.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.