Kredit photo : M
Berita yang tular di media sosial mengenai Yazit Ahmad meninggal adalah tidak benar. Yazid juga dikenali bekas pemain dram kumpulan Search ini berada dalam keadaan kritikal apabila dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam.
Menurut Sheeqa Yazit, abank bongsunya, bapanya mengadu sesak nafas sekitar pukul 3.40 pagi.
“Dalam perjalanan ke hospital, bapa saya macam sudah ‘tiada’. Degupan jantungnya sudah berhenti.”
“Apabila sampai ke hospital dan doktor melakukan kaedah bantuan penafasan (CPR), keadaannya semakin teruk.”
“Doktor beritahu, bapa saya sekarang bukan ada masalah jantung, paru-paru, buah pinggang dan kerosakan dalam otaknya.”
“Doktor beritahu, mungkin sudah tiada harapan dan memohon kami sekeluarga bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan,” kata Sheeqa kepada Kosmo! dalam keadaan teresak-esak sebentar tadi.”
“Ibu sentiasa berada di sisi bapa sejak Search bermula, waktu gemilang kumpulan itu dan sehinggalah sekarang bapa semasa bapa terlantar di hospital.
“Saya tidak sanggup melihat bapa terus menderita. Kalau pun dia boleh bertahan, hanya dengan alat bantuan penafasan. Itu kata doktor,” luahnya lagi.
“Yang ada sekarang cuma Awie dan Black Wings. Mungkin ahli Search baru dikejutkan dengan berita ini dan mereka dalam perjalanan,” tambahnya.
Kata Sheeqa, buat masa sekarang belum ada ahli kumpulan Search yang datang untuk melawat bapanya.
Sumber : K
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.