Foto: Tangkap layar TikTok
Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak perempuannya, Marissa Dania, sempena ulang tahun kelahiran ke-20 gadis itu.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam, Abby dilihat menyambut ulang tahun anaknya secara sederhana dengan sebiji kek serta menghadiahkan seutas gelang tangan emas.
Dalam kapsyen penuh emosi, Abby, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, menyifatkan Marissa sebagai seorang anak yang baik namun penuh dengan teka-teki dan sukar diramal sifatnya.
“Selamat hari lahir Marissa, anak yang baik tetapi penuh dengan teka-teki dan sukar untuk dijangka, inilah dia,” tulisnya.
Beliau turut mengungkap rasa rindu terhadap anak perempuannya itu yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan dalam usia muda.
Foto: Tangkap layar TikTok
“Mama, abah dan adik-beradik sangat sayang serta rindu adik yang dulu,”
“Mama rindu adik yang dulu. Terus kuat dan terhebat di jalan-Nya. Solat, aurat dan ikhtilaf terus jaga okey,” pesannya.
Abby juga menyatakan harapan agar anaknya menjadi insan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
“Semoga anak mama kaya dan berjaya dunia akhirat,” tulisnya lagi.
Dalam rakaman video yang dikongsi, Abby dilihat membuat kejutan kecil buat Marissa dengan menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai hadiah, yang turut disertakan dengan kata-kata semangat dan kasih sayang.
“Sambut kecil-kecilan dahulu. Nanti kita tunggu papa yang kaya itu balik dari Sarawak, kita sambut lagi okey,” katanya berseloroh.
Reaksi warganet terhadap perkongsian tersebut rata-ratanya menyentuh hati. Ramai yang mengakui sebak melihat momen keakraban dua beranak itu dan mendoakan agar hubungan mereka terus pulih dan kekal harmoni selepas melalui tempoh yang agak tegang sebelum ini.
Pada April lalu, hubungan antara Abby dan Marissa pernah diuji apabila Abby secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya, Mohd Aslam, yang didakwa tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.
Abby turut menyangkal kenyataan Aslam yang mendakwa telah membuat permohonan maaf secara peribadi, menyebabkan isu tersebut menjadi perhatian ramai di media sosial.
Namun, selepas hampir dua minggu mendiamkan diri, Marissa dilaporkan telah bertemu semula dengan ibunya dalam satu pertemuan mengejut demi memperbaiki hubungan mereka yang sempat renggang.
Untuk rekod, Marissa Dania telah bernikah dengan Mohd Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Perkahwinan tersebut mencetuskan kontroversi kerana dilangsungkan tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.
Walaupun melalui pelbagai cabaran dalam usia muda, Abby berharap agar Marissa terus melangkah maju dalam kehidupan, menjaga maruah diri dan menghargai hubungan kekeluargaan yang selama ini menjadi tunjang kekuatan mereka.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.