Foto: Instagram
Pelakon dan penyanyi, Acha Septriasa, akhirnya menceritakan semula detik penuh emosi ketika menghadiri sidang perceraian dengan bekas suaminya, Vicky Kharisma, di Pengadilan Agama Jakarta Pusat.
Menurut Acha, meskipun dia sudah lama bersiap untuk menghadapi kenyataan itu, dirinya tetap tidak dapat menahan sebak saat keputusan rasmi dibacakan.
“Saya fikir saya kuat, tapi waktu hakim mengetuk palu, saya terus menangis. Itu hari paling berat dalam hidup saya,” katanya dengan suara perlahan.
Acha menjelaskan, dia hadir ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani keluarga atau peguam kerana mahu menghadapi proses itu dengan tenang.
“Saya cuma mahu semuanya selesai. Saya datang diam-diam, pakai masker dan kaca mata supaya orang tak kenal,” ujarnya.
Ketika hakim sempat memberinya masa untuk berfikir sebelum keputusan diketuk, Acha mengakui sempat termenung seketika namun tetap memilih untuk meneruskan langkah.
“Saya yakin dengan keputusan ini, walaupun berat,” katanya lagi.
Tentang punca perceraian, Acha menjelaskan bahawa hubungan mereka sudah lama renggang.
“Enam bulan terakhir kami hampir tak berkomunikasi. Rasanya kosong, tak sama macam dulu,” katanya jujur.
Meskipun sedih, Acha menganggap keputusan berpisah adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
“Saya cuma mahu tenang, fokus dengan hidup dan anak saya. Kadang cinta saja tak cukup,” tuturnya mengakhiri.
Sumber: Hai Bunda
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.