Ada tabiat seperti menyidai baju dalam rumah, malas membuang sampah yang boleh membuat rumah anda berbau kepam. Jika dibiarkan, bau itu boleh mengganggu ketenteraman apabila berada di rumah.
via GIPHY
Mungkin anda rasa membeli penyegar rumah itu adalah satu pembaziran kerana harganya yang mahal tapi tahu tak bahawa terdapat pelbagai bahan yang ada di dapur boleh membantu anda hilangkan bau busuk di rumah.
1. Oat
Oat mempunyai kemampuan menyerap kelembapan dengan baik termasuk bau busuk di sekeliling anda. Jadi jika ada sampah yang tidak dibuang dan baunya melekat sehingga berhari-hari dalam rumah, ambil beberapa genggam oat dan taburkan dalam tong sampah anda.
2. Pelembut pakaian
Pelembut pakaian bukan sahaja akan mewangikan pakaian anda tetapi ia mampu mewangikan kediaman anda. Mudah saja! Tuang satu penutup pelemput pakaian dalam air mendidih dan letak pada ruang di kediaman yang berbau busuk.
Aroma dari pewangi pakaian akan tersebar ke seluruh rumah dan jika anda rajin, gunakan air tersebut untuk mopkan laintai rumah anda.
3. Minyak essential
Jika tidak mempunyai diffuser, tidak mengapa kerana anda hanya perlu titiskan dua ke tiga titik minyak essential ke dalam air mendidih dan biarkan wapnya tersebar ke segenap ruang rumah anda.
Ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau busuk tetapi juga memberi ketenangan kepada anda seisi keluarga.
4. Ekstrak vanilla
Titik ekstrak vanilla di atas span dan rendamkan ia dalam air panas dan nikmati aroma semerbak di dalam rumah anda.
5. Kulit epal dan kayu manis
Masukkan kulit epal dan kayu manis dalam air dan masakannya sehingga menggelegak dan baunya naik. Matiukan api dan biarkan aroma tersebut tersebar di seluruh kediaman rumah anda.
6. Lemon
Lemon memang cukup terkenal sebagai agen penghilang bau. Caranya mudah, belah lemon kepada dua bahagian dan sumbat garam ditengahnya. Letakkan di atas piring dan letakkan di tengah rumah anda. Lemon dan garam akan menyerap bau busuk.
7. Arang
Isi arang dalam kain kapas dan letakkan di tempat yang menjadi sumber bau busuk. Ia bukan sahaja hilangkan bau busuk tapi membunuh bakteria malah bertahan lama.
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.