Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Ada Kapal Mendekati Kami Sekarang!” – Peserta Flotilla Dakwa Internet Digodam, Israel Halang Laluan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 Oct 2025, 11:21 AM

“ada kapal mendekati kami sekarang!” – peserta flotilla dakwa internet digodam, israel halang laluanFoto: Threads

Peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, melaporkan bahawa talian internet di kapalnya telah digodam.

“Kapal saya dah kena hack internet dan kamera. Nasib baik kapal ‘buddies’ kami dekat, jadi boleh pinjam talian mereka,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Tidak lama kemudian, beliau memaklumkan akses internet di kapalnya kembali berfungsi. Namun, dalam hantaran terbaharu.

“Ada kapal mendekati kami sekarang!.." tulisnya ringkas sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan para sukarelawan.

Pada masa sama, beberapa peserta flotila turut mendakwa terdapat kapal asing yang membentuk formasi di laut bagi menghalang laluan kapal bantuan kemanusiaan daripada mendarat di pesisir Gaza.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby, mengesahkan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 10 laporan daripada kapal Malaysia yang memaklumkan flotila kini dikepung formasi kapal perang Israel.

“Semua diminta untuk mengikuti perkembangan secara langsung melalui Flotilla Tracker dan Flotilla CCTV,” jelasnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebuah kapal flotila berjaya melepasi Zon Merah 3. Pendakwah bebas, PU Rahmat, yang turut serta dalam misi itu berkata mereka berada kira-kira 100 batu nautika dari Gaza.

Untuk rekod, seramai 23 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej solidariti dalam usaha menembusi sekatan Israel yang berlanjutan hampir dua dekad.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us