Garam merupakan antara bahan penambah perasa dalam masakan yang menjadi pelengkap kepada makanan kita.
Namun rasa makanan boleh berubah bergantung kepada masa meletakkan garam ketika memasak, sama ada sebelum, semasa mahupun selepas.
Umum mengetahui rasa garam adalah masin, namun ia sebenarnya memberikan rasa tersendiri kepada masakan seperti yang diterangkan oleh ahli kimia, Dr. Fatimah Salim.
Menurut Dr Fatimah, garam adalah terdiri daripada kristal natrium (sodium, Na) dan juga klorin (clorine, Cl). Rasa masin yang terbentuk adalah interaksi ion Na+ dengan deria rasa masin pada lidah. Bermaksud, tak kiralah garam apa yang anda guna, kemasinan makanan adalah bergantung kepada jumlah ion natrium dalamnya.
1. Jika meletak garam pada awal masakan, ia akan memberikan rasa masin yang sebati kerana keterlarutan dan cukup serapan dalam komponen masakan.
2. Jika meletakkan garam selepas memasak tanpa kehadiran air, ia pula akan membuatkan rasa makanan lebih unik disebabkan sensari rasa kristal garam yang larut dalam air liur.
3. Jika meletakkan garam dalam masakan berprotein seperti daging lembu, ia akan membuatkan daging itu menjadi keras kerana garam berupaya mengeluarkan air/jus daripada isi daging kesan daripada tindak balas yang berlaku. Namun jika daging yang keras ini dimasak lebih lama, daging akan menjadi empuk semula dan akan memberikan rasa kuah yang lebih sebati.
4. Memerap daging dengan garam lebih daripada 40 minit boleh membuatkan daging menjadi lebih empuk apabila dimasak. Ini adalah kerana masa yang diberikan cukup untuk membantu melemahkan ikatan dalam protein daging, seterusnya membuatkan daging menjadi empuk.
5. Bagi memanggang daging tanpa perap, cukup untuk meletakkan garam apabila daging hendak dimasak terus. Perapan daging kurang daripada 40 minit boleh menyebabkan daging menjadi keras.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatimah Salim
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.