Sekarang ini adalah musim cuti sekolah. Dan apakah yang akan datang seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada musim sebegini? Yaaa, jemputan kahwin!

Kebanyakan kita, jadual hujung minggu akan dipenuhi dengan jemputan-jemputan kahwin, baik daripada sahabat handai mahupun saudara-mara. Seperti setiap aspek lain dalam kehidupan seorang manusia, terdapat adab-adab menghadiri jemputan masjlis atau kenduri perkahwinan yang sepatutnya kita patuhi.
- Memenuhi undangan.
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan memenuhi jemputan tersebut. Sekiranya seseorang itu menjemput kita ke majlis yang penting dalam hidup mereka itu, semestinya anda merupakan individu yang penting atau diingini untuk hadir ke majlis tersebut.
Sekiranya tiada aral melintang, perlulah kita untuk menghadiri jemputan kahwin bagi meraikan detik kebahagiaan shabat atau saudara kita itu.
- Mendoakan pengantin
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk mendoakan kebahagian pasangan yang diijabkabulkan tersebut. Walaupun pasangan tersebut bukan yang beragama Islam, mendoakan kebahagiaan kepada kehidupan orang lain adalah sesuatu yang murni dan amat disanjungi.
- Menjaga percakapan
Kita perlulah menjaga percakapan ketika menghadiri sesebuah majlis. Simpankan perkara buruk dan utarakan kata-kata yang manis dan memuji. Janganlah kita menjadi makci bawang yang tidak tahu untuk senyap!
- Menjaga pakaian
Sesebuah majlis perkahwinan adalah suatu keraian dan sebuah acara keramaian yang penting bagi pasangan mempelai tersebut. Kita haruslah menghormati majlis tersebut dengan memakai pakaian yang sesuai dan setaraf dengan majlis tersebut.
Antara pakaian yang amat tidak sesuai termasuk selipar, baju kemeja-T dan pakaian yang terlalu mencolok mata.
- Berjumpa dengan tuan rumah
Seelok-eloknya, setibanya di rumah atau tempat majlis tersebut, eloklah kita berjumpa dengan tuan rumah atau ibu dan ayah pengantin dahulu. Ini selari dengan adab kita apabila sampai atau berkunjung ke rumah orang.
- Jaga tempoh kita makan
Ingatlah bahawa bukan kita sahaja jemputan pada hari tersebut. Terutama pada waktu kemuncak majlis, akan terdapat ramai tetamu pada majlis tersebut. Janganlah kita duduk dengan begitu lama dan berilah peluang kepada tetamu lain untuk menikmati juadah yang dihidangkan.
- ‘Salam kaut’
Perkara ini adalah lebih kepada tradisi daripada adab. Salam kaut adalah apabila kita memberikan sejumlah wang kepada tuan rumah atau ibubapa pengantin sebelum kita pulang. Hal ini melan[mbangkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada keluarga pengantin kerana menjemput kita ke majlis tersebut dan juga menghidangkan juadah yang enak kepada tetamu yang hadir.
Sumber: BaitulJannah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.