Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Adakah Anda Seorang Psikopat?

Definisi psikopat pada zaman sekarang ini lebih menjurus kepada individu yang mempunyai antisocial personality disorder (ASPD).
Editor
10 May 2020, 07:00 AM

 

adakah anda seorang psikopat?

Apakah Itu Psikopat?

Pernahkah anda menontoton filem The American Psycho?  Filem tersebut menceritakan tentang seorang psikopat yang membunuh mangsanya dengan cara yang kejam. Sekarang ini terdapat banyak rancangan di TV yang menunjukkan pengalaman bersama orang-orang yang dikatakan psikopat. Tetapi, tahukah anda apa sebenarnya psikopat ini?

Terma psikopat ini pada dasarnya membawa maksud orang yang mengalami tekanan dan sakit jiwa. Namun begitu, pada zaman sekarang ini, terma tersebut telah membawa kepada maksud yang lebih khusus. Definisi psikopat pada zaman sekarang ini lebih menjurus kepada individu yang mempunyai gangguan personality antisosial, atau antisocial personality disorder (ASPD).

Terma antisosial di dalam nama tersebut membawa maksud seseorang yang berkelakuan berlainan dariapada norma masyarakat dan mewujudkan suasana yang kurang disenangi oleh orang ramai. Mereka juga sukar untuk memahami perasaan orang di sekelilingnya dan akan seringkali melanggar peraturan atau membuat keputusan secara tiba-tiba tanpa rasa bersalah dan menghiraukan kesan daripada tindakan mereka.

pesakitASPD ini gemar bermain permainan minda dengan tujuan mengawal dan memanipulasi orang disekelilingnya termasuk orang yang tidak dikenali.

Apakah Simptom Psikopat?

Oleh kerana terma psikopat ini adalah terma yang digunakan untuk menerangkan individu yang mempunyai ASPD, berikut adalah antara symptom-sipmtomnya.

Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) yang merupakan kitab utama dalam menerangkan penyakit-penyakit mental, individu yang mempunyai ASPD akan menzahirkan kelakuan di mana mereka kurang mementingkan perasaan orang lain dan mungkin akan melanggar hak kemanusiaan seseorang.

Individu yang mempunyai ASPD ini mungkin sebenarnya tidak tahu pun yang mereka mempunyai penyakit ini.

Menurut DSM-5, seseorang itu boleh didiagnosiskan sebagai pesakit ASPD sekiranya menunjukkan tiga daripada tujuh pelakuan-pelakuan tersebut secara konsisten dan dalam sesuatu tempoh.

  1. Tidak menghormati norma masyarakat atau undang-undang secara konsisten
  2. Menipu orang dengan mudah tanpa tanda-tanda bersalah, menggunakan identity palsu dan menggunakan identity orang lain untuk kepentingan sendiri
  3. Tidak suka untuk membuat perancangan pada masa panjang dan melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri atau orang sekeliling.
  4. Memperlihatkan kelakuan yang agresif dan ganas dan boleh mencederakan diri sendiri atau orang lain
  5. Tidak mengambil endah dengan keselamatan diri sendiri atau orang sekeliling
  6. Enggan mengikuti peraturan atau tanggungjawab terhadap diri sendiri atau secara professional (kerja dan sebagainya)
  7.  Tiada setitik pun perasaan bersalah atau keinsafan selepas membuat sesuatu kesalahan atau kecederaan kepada orang lain.

Terdapat bebrapa tanda yang lebih khusus lagi bagi menandakan seseorang itu mempunyai ASPD atau tidak. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Mereka yang menghidap ASPD ini adalah mereka yang sakit dan perlu menerima rawatan. Mereka tidak tahu yang sebenarnya mereka ini sakit. Orang di sekeliling mereka perlu lebih peka dalam mengenalpasti simptom-simptom ini dan mendapatkan rawatan yang perlu. Walaubagaimanapun, kita perlulah awas dan berhati-hati dalam bberurusan dengan orang yang menghidapi ASPD ini supaya tidak tercedera, baik dari segi fizikal mahupun emosi.

Sumber: Healthline

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us