Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

"Doktor, Adakah Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya Untuk Kesihatan?" Ini Jawapannya!

IDRUS, Husna Najwa
20 Jun 2025, 11:58 AM

doktor, adakah ketuhar gelombang mikro bahaya untuk kesihatan? ini jawapannya!

Foto Hiasan

Dalam era moden ini, ketuhar gelombang mikro seakan menjadi peralatan wajib di setiap dapur. Cepat, mudah dan praktikal hanya beberapa minit sudah cukup untuk memanaskan semula makanan. Namun, timbul juga persoalan yang sering menghantui ramai adakah penggunaannya berbahaya kepada kesihatan?

Mari kita bongkar fakta dan mitos bersama!

Berbeza dengan alat memasak biasa yang menggunakan api, ketuhar gelombang mikro  beroperasi menggunakan gelombang elektromagnetik bersaiz mikro yang dihasilkan oleh komponen khas dalam mesin. Gelombang ini memanaskan makanan secara langsung dengan menyebabkan molekul air, lemak dan gula dalam makanan bergetar dan menghasilkan haba.

Uniknya, gelombang ini hanya boleh menembusi bekas seperti kaca, seramik, kertas dan plastik khas bukan logam. Inilah sebab mengapa penggunaan bekas besi atau aluminium tidak digalakkan, kerana ia boleh menyebabkan percikan api dan merosakkan oven.

doktor, adakah ketuhar gelombang mikro bahaya untuk kesihatan? ini jawapannya!

Foto Hiasan

Ramai menyangka ia menghasilkan radiasi berbahaya seperti sinaran radioaktif atau nuklear. Hakikatnya, gelombang mikro ialah sejenis radiasi bukan pengion (non-ionizing) dan ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk mengubah struktur DNA atau menyebabkan mutasi genetik.

Berbeza dengan radiasi pengion (seperti X-ray atau radiasi dari bahan radioaktif), gelombang dalam ketuhar hanya berfungsi untuk memanaskan, bukan ‘mengubah’ makanan.

Ketuhar ini juga tidak menyebabkan kehilangan nutrisi secara langsung. Namun, pemanasan berlebihan sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro, dapur gas atau ketuhar elektrik boleh merosakkan vitamin dan antioksidan dalam sayur atau buah.

Untuk mengekalkan khasiat makanan anda boleh panaskan makanan dalam masa singkat, gunakan suhu sederhana dan tutup makanan ketika memanaskan untuk mengelakkan percikan dan kehilangan wap.

Walaupun ia selamat jika digunakan dengan betul, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

-Elakkan bekas logam.

-Jangan panaskan cecair atau makanan tertutup sepenuhnya tanpa ruang untuk wap keluar, kerana ini boleh menyebabkan letupan kecil.

-Cecair seperti air dan telur dalam cengkerang boleh menyerap haba dengan terlalu cepat dan menyebabkan luka melecur jika tidak dikendalikan dengan betul.

✅ Petua Guna Ketuhar Dengan Selamat

1. Ikuti manual penggunaan yang disertakan.

2. Pastikan pintu ketuhar tertutup rapat semasa beroperasi.

3. Elakkan berdiri terlalu dekat dalam tempoh lama semasa ia sedang digunakan.

4. Gunakan bekas sesuai seperti kaca tahan panas atau seramik.

5. Elakkan bekas plastik biasa dan logam.

6. Tutup makanan semasa memasak untuk kebersihan dan pemanasan sekata.

Setakat ini, tiada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan penggunaan ketuhar gelombang mikro secara normal boleh menyebabkan kanser atau penyakit kronik. Radiasi yang dihasilkan rendah dan tidak berbahaya, malah digunakan secara meluas dalam pelbagai peralatan harian lain seperti telefon pintar, komputer dan TV.

Gunakan dengan cara yang betul, dan ia boleh menjadi pembantu dapur yang sangat berguna tanpa perlu rasa was-was!

Sumber: Facebook (Dr Zubaidi Hj Ahmad)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us