Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Adam Umum Konsert Solo ‘Tukang Gempak’ Januari 2026

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Sep 2025, 11:13 AM

adam umum konsert solo ‘tukang gempak’ januari 2026Foto: Harian Metro

Kuala Lumpur: Penyanyi Adam atau nama sebenarnya Mohd. Aizam Mat Saman, 42, bakal merealisasikan konsert solonya yang dinamakan Tukang Gempak Adam pada 24 Januari 2026 di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

Menurut pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu, perancangan untuk mengadakan konsert solo telah bermula sejak 2023, namun tertangguh beberapa kali berikutan kekangan bajet dan faktor lain yang tidak dapat dielakkan.

“Bukanlah selepas konsert GenKRU terus terlintas untuk buat konsert. Niat ini sudah ada sejak 2023, tetapi ketika itu bajet tidak mencukupi, lalu saya hanya buat ‘showcase’ dengan kehadiran 150 penonton.

“Selepas itu, ia ditunda ke Mei 2025, namun bertembung pula dengan konsert idola saya, KRU. Akhir 2024, Norman (KRU) hubungi saya agar jangan ambil sebarang persembahan kerana mereka mahu saya bersama dalam konsert GenKRU.

“Apabila dapat pengesahan, saya dan pasukan memilih tarikh 24 Januari 2026, bertepatan dengan pembukaan tahun baharu,” katanya ketika sidang media pengumuman konsert di sini, semalam.

Adam turut mengakui penyertaannya dalam konsert GenKRU di Axiata Arena yang berlangsung empat malam berturut-turut memberi impak besar terhadap kerjaya seninya, selain menjadi platform promosi percuma.

“Ramai yang beri komen positif mahu melihat saya membuat persembahan. Ketika itu, lokasi asal konsert saya hanya menampung kurang 500 orang.

“Daripada 10,000 yang hadir ke konsert GenKRU, mungkin sekitar 200 hingga 300 akan datang ke konsert saya. Jadi, saya pilih lokasi lebih besar iaitu Galaxy Banquet Hall. Harap momentum ini berterusan sehingga hari konsert, sekali gus menarik peminat baharu termasuk generasi muda dan penyokong saya sejak zaman AF,” katanya.

Konsert Tukang Gempak Adam dijadual berlangsung lebih dua jam dengan persembahan lagu-lagu daripada album pertamanya sejak 2005, selain karya baharu seperti Fly High.

Beliau memaklumkan tiket kategori VIP dengan 20 tempat duduk berharga RM1,000 setiap satu telah habis terjual, manakala kategori lain masih boleh dibeli di [www.ticket2u.com.my](http://www.ticket2u.com.my).

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us