
Merujuk kepada temu bual yang dibuat oleh portal berita tempatan, penyanyi Siti Adira Suhaimi berkata, dia akan tetap dengan pendirian beliau untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suaminya.
Beliau turut berkata bahawa dia akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya andai ditakdirkan untuk berpisah dengan suaminya Datuk Seri Adnan Abu.
“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya.”


“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.”
“Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa”
Sumber : mstar,hmetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.