Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Anugerah Terindah…” – Afifah Nasir Timang Anak Sulung

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 Sep 2025, 11:36 AM

“anugerah terindah…” – afifah nasir timang anak sulungFoto: Instagram

Pelakon, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila selamat menimang cahaya mata lelaki pertama di sebuah pusat perubatan pada petang tadi.

Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 32, menyifatkan kehadiran si kecil sebagai rezeki paling bermakna, lebih-lebih lagi ia berlaku tepat setahun selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syed Hariz.

“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati Allah. Alhamdulillah, anugerah paling indah dalam hidup kami akhirnya hadir.

“Syed Armand Mateen telah selamat dilahirkan ke dunia,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Afifah turut memuat naik momen menyentuh hati apabila Hariz mencium dahinya sejurus kelahiran, sementara wajah bayi mereka ditutup dengan emoji hati biru.

Berita kelahiran itu segera dihujani doa dan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

 

 

“Alhamdulillah, tahniah Afifah dan suami. Selamat berpantang,” komen seorang pengikut.

“Nama anak sangat indah, semoga membesar menjadi anak soleh,” tulis netizen lain.

Ada juga peminat wanita yang tersentuh melihat perkongsian tersebut: “Moment ini terlalu manis. Sebagai seorang ibu, saya rasa sebak tengok ini, sampai rasa nak beranak lagi.”

Terdahulu pada Mei lalu, adik kepada pelakon Anzalna itu mengumumkan dirinya sedang hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga. Kini, Afifah menzahirkan rasa syukur kerana impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah, melengkapkan fasa baharu kehidupan berumahtangga bersama suami tercinta.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us