Ahli astronomi mendedahkan tentang planet luar suria atau 'exoplanet' sebagai planet paling jelas pantulannya yang pernah diperhatikan di luar sistem suria.

Ia kelihatan jelas kerana dilindungi awan logam menitiskan hujan titanium.
Malah, planet luar suria atau planet suria tambahan adalah planet yang mengorbit bintang selain daripada matahari, dan ia tidak terletak dalam sistem suria.
Teleskop angkasa Cheops digunakan bagi memerhatikan planet itu dan hasil pemerhatian mendapati kedudukannya terletak lebih 260 tahun cahaya dari bumi.
Ini sekali gus menjadikannya exoplanet pertama yang setanding dengan Zuhrah iaitu planet paling terang, selain bulan.
Penyelidik di Balai Cerap Cote d'Azur di Perancis yang juga pengarang bersama kajian baharu dalam jurnal astronomi dan astrofizik, Vivian Parmentier, menyifatkannya sebagai misteri.
"Kumpulan penyelidik kemudian 'mendapati kaedah pembentukan awan adalah sama seperti pemeluapan yang terbentuk di dalam tandas selepas seseorang mandi menggunakan air panas.
"Atmosfera LTT9779B terlebih tepu menyebabkan awan logam terbentuk susulan aliran logam dan silikat di situ," katanya.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.