Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings SDN. BHD. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, 65, memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini.

Turut membuat permohonan sama, isterinya, Azura Md. Yusof, 57, dan seorang lagi ahli GISBH, Mohamad Suhaimi Mohd. Sani, 28 yang merupakan Pengerusi Kafe Ikhwan di Kluang.
Permohonan itu dibuat bagi mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).
Nasiruddin dan Azura menamakan Menteri Dalam Negeri: Ketua Polis Negara; Kerajaan Malaysia; Pendakwa Raya dan Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga kelima.
Mohamad Suhaimi pula menamakan Menteri Dalam Negeri: Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.