
Foto: Instagram
Penyanyi, Aina Abdul mendedahkan bahawa dirinya sudah seminggu ‘berkurung’ dan enggan untuk keluar dari rumah.
Disoal mengenai sebab mengapa Aina berbuat sedemikian, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini juga kelihatan sebak semasa berbicara soal pengikutnya yang sering memberi sokongan padu kepadanya lebih-lebih lagi dengan situasi semasa yang benar-benar memberi kesan kepada dirinya.
“Kadang-kadang kita menulis kita tak tahu mana Allah nak tunjuk jalannya, mungkin peminat boleh melihat gerak hati disebalik penulisan lagu itu, saya sangat bersyukur kerana mendapat sekumpulan fans yang menyokong saya dan benar-benar membantu untuk menjalani perkara ini.
“Saya hanya nak bagi tahu yang saya okay, cuma sudah hampir seminggu saya tidak keluar luar lagi, saya tak tahu kenapa saya menangis.

Foto: Instagram
“Ianya sokongan yang tak henti-henti daripada peminat, saya rasa saya memendam terlalu lama dan baru sekarang Aina rasa apa yang berlaku sebab saya hanya duduk dirumah dan menelan segalanya.
“Saya tidak mahu tunjukkan sisi saya yang ini, this is like a im giving the tears away from people that pray my downfall, tapi jangan risau saya okay,” katanya ketika di temubual Gempak.
Sementara itu, pelantun lagu Puas Sudah itu meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi berjaya merangkul Anugerah Audio/Lagu Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).

Foto: Instagram
Aina memberitahu bahawa kemenangan tersebut bukan miliknya, namun merupakan hasil sokongan padu peminat yang tidak pernah berhenti mengundi dan menyokong perjalanan seninya.
Untuk rekod, Aina berjaya merangkul Anugerah Lagu/Audio Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.