Mesti ramai yang tak terfikir nak simpan air basuhan beras, betul tak? Tapi sebenarnya, jangan buang air basuhan beras itu, kerana ia ada kegunaan lain terutamanya pada tanaman di halaman rumah!
Air basuhan beras mampu menjadi bahan organik dan mengandungi protein, karbohidrat, lemak dan unsur-unsur zat perangsang bagi menguatkan tanaman.
Zat perangsang yang dikatakan terkandung dalam air basuhan beras adalah vitamin B1 atau thiamin yang menjadikan tanaman lebih subur dan cepat berbunga!
Kalau nak tambahkan ‘kekuatan’ air basuhan beras pada tanaman, masukkan sedikit gula dan biarkan air tersebut di dalam botol selama enam hari sebelum menggunakannya.
Namun, setiap pagi, penutup botol perlu dibuka bagi melepaskan karbon monoksida yang terhasil disebakan proses fermentasi air basuhan beras itu.
Bukan sahaja bagus untuk tanaman, air basuhan beras cukup baik dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.