Air beras boleh digunakan untuk banyak benda, bukan setakat untuk tanaman, ia turut digunakan dalam regim kecantikan wanita di Asia Timur dan Asia Tenggara.

Air beras dikatakan penuh dengan nutrien yang kaya dalam merawat keradangan dan kekeringan bahkan menenangkan.
Air beras sesuai untuk semua jenis kulit wajah, tidak kira anda mempunyai masalah kulit kering atau berjerawat sekalipun. Yang mudahnya adalah, air beras boleh digabungkan dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa.
Tahu tak anda wanita cina dari Hewanglu, China merawat rambut mereka menggunakan air beras. Ia menggalakkan keanjalan rambut dan pertumbuhan, yang membuatkan rambut mereka lebih sihat dan lebat.

Cara Menyediakan Air Beras
- 80 ml Beras
- 10-12 cawan Air

- Basuh beras sekurang-kurangnya dua kali untuk menghilangkan kekotoran.
- Rebus beras yang sudah dibasuh sekurangnya 25 minit sehingga butiran beras lembut (biar jadi seperti bubur, tapi masih lagi ada airnya).
- Biarkan ia sejuk.
- Setelah disejukkan, pindahkan air beras ke dalam botol air.
- Dalam botol, dimasukkan satu sudu teh beras untuk terus penapaian.
- Setelah disejukkan, simpan setiap botol di dalam peti sejuk.
Bagaimana Nak Bilas Rambut Guna Air Beras?
- Syampu dan merapi rambut anda seperti biasa.
- Perlahan-lahan tuang separuh air beras pada rambut anda bermula dari kulit kepala.
- Urut secara lembut.
- Tuang separuh lagi di hujung rambut anda.
- Biarkan selama kira-kira dua minit sebelum membasuhnya.

Tapi betul ke dengan rawatan air beras ini berkesan? Menurut wanita yang telah mencubanya, setelah dibilas, rambut kelihatan lebih lancar, lembut dan lebih tebal daripada biasa.
Akar rambut juga tidak lagi berminyak dan bahagian hujung yang kerap split end juga kini lebih kuat dan kemas.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.