Ramai yang lebih suka tanam cili atau sayur sendiri. Mesti seronok kalau nampak pokok tumbuh dengan lebat dan berganda!
Tapi ada orang yang dah lama tanam dan jaga pokok tapi tak nampak hasil atau berbuah.
Jangan risau ada cara mudah nak lebatkan pokok menggunakan air booster yang dibancuh menggunakan MSG.
Apa kelebihan air bancuhan MSG? Haaa ni yang nak bagitau.
- Menyubur pokok yang susah berbunga dan berbuah
- Daun sayur akan membesar dua kali ganda dari saiz asal
- Pokok membesar lebih cepat
Cara bancuhan air booster MSG
- Ambil 1 sudu serbuk MSG (15g) campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi
- Peram semalaman
- Boleh guna air bancuhan keesokan hari, siram terus ke tanah dan sembur sedikit pada daun.
- Siram dengan air booster ini sekali seminggu sahaja. Jangan terlebih siram setiap hari.
Air booster ini bagus untuk pokok sayur-sayuran, bunga dan tanaman. Selepas seminggu, dah boleh nampak hasil air booster ni! Selamat mencuba!
Sumber:
Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.