Mimpi paling seram bagi para wanita kalau kena sental periuk atau kuali yang berkerak. Dah la ambil masa yang lama dan tangan akan rasa sakit.

Boleh membuatkan hilang sabar setelah ‘tonyoh’ untuk beberapa jam tetapi masih sama dan tidak hilang keraknya.
Tetapi jangan risau, boleh guna dua cara ini sahaja pasti anda akan berpuas hati melihat periuk kembali bersih seperti baru beli di kedai!
Cara pertama: Air berkarbonat

Bahan-bahan:
- Air berkarbonat – 1 botol
- Sabun
- Berus sental
- Senduk kayu / sudu
Cara-caranya:
- Ambil periuk yang berkerak dan rendam ke dalam air berkarbonat selama 2 jam.
- Sambil menunggu, lihat kerak menjadi lembut dan cungkil menggunakan senduk kayu atau sudu.
- Buang air rendaman tersebut dan letak sedikit sabun dan sental menggunakan berus sental sehingga hilang dan bersih.
Cara kedua: Cuka dan baking soda

Bahan-bahan:
- Cuka makan – 1 cawan
- Baking soda – 2 sudu besar
- Berus kasar
Cara-caranya:
- Menggunakan periuk yang berkerak, didihkan air di dalamnya dan masukkan secawan cuka.
- Kemudian tunggu sehingga mendidih dan lihat kerak menjadi lembut.
- Apabila kerak menjadi lembut, masukkan baking soda sebanyak 2 sudu besar dan larutkannya.
- Tunggu sehingga air didihan menjadi sejuk dan sental menggunakan berus kasar sehingga bersih.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.