Setiap tahun hari raya tak kira la Aidilfitri mahupun Aidil Adha , mesti akan runsing kepala memikirkan idea minuman menarik yang nak dihidangkan.
Walaupun kali ini kita beraya dalam keadaan pandemik tetapi rasanya tidak salah pun kalau kita memeriahkan keadaan dengan juadah, hidangan dan minuman yang sedap, lazat dan menarik. Asalkan kita patuhi SOP dan sentiasa jaga kebersihan!
#1 Air sirap cincau
- 500ml sirap
- 500g cincau
- 3 liter air
- Ais
1. Hiris nipis atau potion cincau dengan potongan dadu kecil.
2. Dalam jug besar, campurkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan cincau
4. Masukkan ais ke dalam jug bila ingin hidangkan minuman.
5. Kacau minuman sebelum minuman dihiding supaya cebisan cincau tertuang ke dalam gelas.
Tip: Jika sirap cincau terasa agak manis, boleh tambahkan air kosong.
#2 Air sirap bandung soda
- 500ml sirap
- 720g susu sejat
- 1.65 liter ais krim soda
- 500ml air
- Ais
1. Campur sirap dan susu sejat dalam jug besar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau.
3. Masukkan ais. Kacau.
4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tip: Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.
#3 Air soya cincau
- 4 liter air soya sejuk tanpa gula
- 1 kg cincau
- 250g gula Melaka
- 250g air panas
1. Parut gula Melaka
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jug besar.
5. Tamabah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tip: Elakkan menambah ais kepada minuman kerana air soya yang berair tidak enak diminum.
#4 Air punch buah-buahan
- 200ml cordial oren
- 200ml sirap
- 3 liter Sprite atau 7-up
- 3 liter ais krim soda
- 2 lemon besar
- 2 oren besar
- Ais
1. Potong nipis oren dan lemon
2. Dalam jug atau dispenser minuman besar, campurkan cordial oren dan sirap. Kacau sehingga sebati.
3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau.
4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tip:
1. Buah-buahan yang dihiris tidak perlu dimasukkan ke dalam gelas semasa menghidang.
2. Kalau ada mangkuk punch, boleh guna supaya kelihatan lebih aesthetic.
#5 Air rosmary limau
- 325g gula putih
- 325g air
- 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
- 350g jus limau kasturi
- 350g jus lemon (kira-kira 8 biji lemon)
- 3 liter air soda
- Ais
1. Gabung gula putih dan air dalam satu keriuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula.
2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Hanya magu meremuknya. Jangan pukul hingga hancur.
3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jug besar.
4. Tambahkan jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
5. Masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
7. Tambah baki air soda dan kacau.
Selamat mencuba dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha!
Sumber: Mingguan Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.