
Air tebu pastinya menjadi minuman kegemaran ramai lagi-lagi di bulan puasa ini. Tetapi anda perlu ingat, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan demi mendapatkan air tebu yang bukan sahaja asli, manis dan enak malah terjamin kebersihannya.
1. Lihat persekitaran, jika ada lebah itu menandakan air tebu tersebut manis. Jika langsung tiada lebah mungkin air tebu tersebut telah dicampur dengan air dan menjadikan ia tidak asli.
2. Perhatikan tebu yang masih belum dimesin tidak diletakkan di atas tanah. Sebaiknya ditempatkan di atas meja atau rak untuk pastikan kebersihan terjamin.
3. Pastikan tebu yang telah dikupas kulitnya tidak diletakkan di dalam baldi atau bekas berisi air. Perlu diingat batang tebu boleh menyerap air di dalam baldi tersebut dan ini akan menjadikan rasanya kurang enak dan tidak asli.
Sumber dari Abang Terlajak Laris
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.