Ketika kita masuk ke dalam kereta, kadang-kadang kita terhidu bau yang kurang menyenangkan di dalam kereta kita. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menghidupkan penyaman udara tapi tingkap kereta perlu dibuka untuk menghilangkan bau busuk tersebut supaya tidak terperangkap di dalam kereta.
Namun ada cara lain yang sangat praktikal untuk menjadikan dalaman kereta anda wangi dan segar iaitu dengan meletakkan sepit baju yang diperbuat dari kayu pada bahagian venilasi penyaman udara kereta anda.
Pertamanya anda perlu sapukan minyak beraroma lavender ataupun chamomile pada sepit baju kayu tersebut. Setelah itu, letakkan sepit baju tersebut pada bahagian ventilasi penyaman udara kereta anda.
Minyak aroma tersebut akan meresap ke dalam sepit baju tersebut sehingga aroma wanginya itu akan bertahan dalam jangka masa yang lama. Ketika anda menghidupkan penyaman udara kereta anda, bau wangi akan tersebar di seluruh ruang dalaman kereta anda.
Cara ini juga anda boleh praktikkan pada penyaman udara rumah anda untuk haruman yang segar dan kekal lama.
Sumber dari wowmenariknya.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.