Foto: Tangkap layar TikTok
Pencuci mulut popular Malaysia, ais kacang atau ABC, kini menarik perhatian penduduk Sweden apabila seorang lelaki tempatan membuka gerai unik menjual hidangan itu di Stockholm.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @Wawawandering, lelaki warga Sweden tersebut dilaporkan sangat meminati ais kacang hingga sanggup mengimport mesin khas dari Malaysia demi mengekalkan rasa asli.
“Dia jatuh cinta dengan ais kacang, siap beli mesin dari Malaysia dan buka gerai basikal comel di Stockholm,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.
Gerai berbentuk basikal itu dilengkapi mesin pengisar ais serta pelbagai bahan tradisi seperti sirap manis, jagung, kacang merah dan cendol, menampilkan cita rasa Malaysia di tengah bandaraya Sweden.
Di ruangan komen, ramai netizen teruja dan berbangga melihat makanan tempatan mendapat tempat di luar negara.
“Wah ada ais kacang, isi pun banyak,” komen seorang pengguna.
“Best bila orang luar cuba buat dan jual makanan Malaysia di negara lain. Bangga rasanya,” tulis yang lain.
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.