Cipta akaun baharu 'Akaun 3' dicadangkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung pekerja tidak rasmi.
Akaun 3 itu juga akan dibenarkan kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, akaun tersebut ditujukan terutamanya kepada pekerja perkhidmatan dan akaun sendiri.
Pada dasarnya, ia mungkin sesuai untuk pemilik perniagaan, serta mereka yang berpotensi bekerja dalam industri kreatif serta profesional.
“Mudah-mudahan, kami akan dapat menangani beberapa kebimbangan aliran tunai yang dialami pekerja sektor tidak formal,” katanya.
Namun, pihaknya juga memaklumkan ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” jelasnya.
Ahli yang ada Akaun 3 setakat ini dicadangkan boleh membuat pengeluaran tanpa syarat.
Akaun 1 dan 2 ialah akaun simpanan persaraan sedia ada dana pencen untuk ahli. Akaun 1 terdiri daripada 70% daripada simpanan ahli, manakala Akaun 2 terdiri daripada 30% lagi untuk pengeluaran mengikut sebab-sebab yang diluluskan.
Nurhisham berkata penciptaan Akaun 3 masih dalam perbincangan, dan boleh direalisasi dalam tempoh dua tahun akan datang.
Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan. Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.